Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 30 Mac 2010

Pesalah pertama dihukum mahkamah malam


JOHOR BAHRU - Seorang pemuda menjadi pesalah pertama yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Sesyen di sini yang bersidang pertama kali pada sebelah malam tadi.

Tertuduh, Mohd. Zhafir Nadzaree, 23, dihukum tiga tahun penjara dan sekali sebatan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan meragut beg tangan seorang wanita awal pagi semalam.

Mohd. Zhafir, seorang penganggur membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Aliman Musri.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Zhafir didakwa meragut beg tangan K. Mathevia, 24, di Jalan Camar 3, hadapan Masjid Jamek Taman Perling pukul 5.45 pagi.

Mangsa dilaporkan mengalami kerugian kira-kira RM550. - Utusan

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular