Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 28 Mac 2010

30 Kepala Paip Hilang: Sukarkan Jemaah Beribadat

WAN ABDULLAH menunjukkan kepala paip yang hilang di bilik wuduk sehingga terpaksa ditutup.


KERTIH: Kegembiraan lebih 1,000 jemaah Masjid Kampung Batu Putih di sini untuk kembali menunaikan solat berjemaah di masjid kampung mereka yang baru dibaik pulih, terbantut kerana 30 kepala paip tembaga dicuri menyebabkan mereka terpaksa menunggu lama untuk berwuduk.

Selepas terpaksa bersesak di masjid lama apabila sebahagian bumbung masjid itu runtuh lima bulan lalu hanya selepas setahun digunakan, khabar mengenai kerja pembaikan selesai dan masjid itu sedia digunakan semula sejak tiga minggu lalu menceriakan penduduk.

Tetapi kegembiraan itu tidak kekal lama kerana mereka masih terpaksa menanggung kesusahan untuk berwuduk dan menggunakan tandas. Tinjauan Edisi Timur ke kawasan itu mendapati selain kepala paip dicuri, pintu stor di bahagian menara masjid turut dipecahkan dan tingkap bilik imam dan bilal juga turut diumpil pencuri.

Bilal masjid itu, Wan Abdullah Wan Daud, 46, berkata kehilangan kepala paip dan pelbagai peralatan lain di masjid itu menyukarkan penduduk menunaikan solat berjemaah terutama solat Jumaat.

"Kami kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pencuri yang dipercayai penagih dadah di daerah ini kerana tergamak mencuri di masjid hingga menyusahkan orang ramai.

"Bagi mengelak jemaah terpaksa menunggu lama untuk berwuduk kerana hanya ada 10 paip saja yang masih boleh digunakan, ramai di kalangan mereka yang bersolat di masjid ini terpaksa mengambil air sembahyang lebih awal di rumah atau pejabat," katanya yang berharap pihak berkaitan dapat mengatasi segera masalah itu.

Sementara itu, mengulas mengenai struktur bumbung yang baru dibina semula, seorang jemaah, Mohd Fauzi Salleh, 35, berkata mereka yakin kejadian lima bulan lalu tidak berulang lagi kerana mutu dan bahan binaan yang digunakan lebih berkualiti berbanding sebelumnya.

Kira-kira jam 8 pagi 2 Oktober lalu, penduduk Kampung Batu Putih gempar apabila sebahagian besar bumbung masjid berkenaan yang tidak sampai setahun digunakan, runtuh menyebabkan seorang pekerja warga Indonesia yang baru memulakan kerja pembaikan bumbung masjid berkenaan cedera parah, manakala dua lagi cedera ringan akibat ditimpa runtuhan atap genting dan struktur keluli.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular