Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 28 Mac 2010

Wanita terlantar sakit selepas bedah bisul

( Foto hiasan penyakit bisul )


ALOR SETAR: -- Seorang ahli wanita Umno cawangan Jarak Atas, Pulau Pinang terlantar sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan bisul di pinggul tujuh bulan lalu.

Sarina Abdul Rahim, 35, yang sebelum ini tinggal di Pulau Pinang tidak dapat menguruskan diri sendiri selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Suaminya, Nornizam Zakaria, 36, berkata pada mulanya bisul itu kecil sahaja tetapi sepanjang bulan puasa tahun lalu ia bernanah tanpa henti dan doktor menasihati supaya dibedah kerana takut ia merebak kerana isterinya mempunyai penyakit kencing manis yang agak serius.

"Setiap bulan, saya memperuntukkan hampir RM1,000 untuk membeli peralatannya seperti beg pembuangan najis dan kos rawatan isteri di mana dua hari sekali dia perlu dirawat di hospital," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Alor Binjai dekat sini hari ini.

Nornizam yang sebelum ini seorang peniaga di Pulau Pinang kini bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan tetap selepas membawa isterinya pulang ke kampung bagi memudahkan ibubapa Sarina menjaganya ketika beliau keluar bekerja.

Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan bolehlah menderma melalui akaun Bank Islam 02011020931628 atas nama Nornizam Zakaria. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular