Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 26 Mac 2010

Kerana Harta -- Ayah Dipukul



KUALA TERENGGANU: -- Busuknya hati seorang lelaki apabila tergamak memukul bapa kandungnya sendiri dengan sebatang kayu hanya kerana tidak puas hati gara-gara namanya tidak disenaraikan dalam pembahagian tanah keluarga itu sejak dua tahun lalu.

Selain itu, anak sulung berhati binatang yang bekerja sebagai pemandu lori itu sanggup mengejar bapanya dengan kenderaan itu sehingga warga emas berkenaan nyaris pengsan akibat keletihan melarikan diri dua minggu lalu.

Cucu mangsa, Nuur Nadia Farahana Azmi, 17, mendakwa kekejaman bapa saudaranya itu semakin menjadi-jadi selepas tindakan kurang warasnya mendapat sokongan seorang daripada sembilan adik beradiknya. “Saya sedih datuk sering dizalimi Pak Long. Kelmarin dia menyiram pokok duku datuk dengan diesel malah apabila dimarahi, orang tua itu dipukul dengan kayu sehingga dagunya cedera dan terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Menurutnya, datuknya ada memberitahu, dia tidak menyenaraikan bapa saudaranya itu sebagai pewaris harta kerana bimbang tindakan itu akan membuatkan hidup datuknya merempat.

“Datuk bimbang Pak Long akan menjual semua tanah yang ada jika meletakkan namanya (bapa saudara) dalam senarai pembahagian harta.

“Malah, Pak Long yang tinggal berhampiran rumah datuk beberapa kali menghantar SMS memaki hamun dan ugutan mengenai datuk kepada ibu saudara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kubang Jela, Manir, di sini, semalam.

Sementara itu, mangsa, Muda Mat Zin, 72, yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kelmarin berkata, dia tidak menduga anak sulungnya yang tamak harta itu akan berkelakuan seperti binatang selepas dia meletakkan nama anak lain dalam senarai pembahagian tanahnya.

Muda yang menghadapi masalah pendengaran kurang jelas berkata, dia dan isterinya kini hidup dalam ketakutan apabila anak lelakinya itu pernah mencederakan mereka beberapa bulan lalu.

Menurutnya, meskipun pernah dua kali membuat laporan polis, anak sulungnya pandai bermain kata-kata dan berjanji kepada polis untuk berubah sikap serta memberitahu pihak berkuasa akan menyelesaikan masalah keluarganya secepat mungkin secara harmoni.

“Dia (anak sulung) pandai mempengaruhi adik-beradik lain dan orang kampung dengan menyebarkan fitnah saya sering memarahi dan berat sebelah dalam mendidik anak, walhal sebagai bapa naluri saya tidak sebegitu kejam,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular