Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 8 Mac 2010

Pelakun sinetron Malaysia Bernikah di Kota Mekah

Asmah Mohd. Ali menyuapkan manisan kepada anaknya, Umie Aida semasa majlis berinai di Bukit Kiara, malam tadi.


KUALA LUMPUR ---- Pelakon terkenal di Malaysia Umie Aida, 37, atau nama sebenarnya Umie Khalsum Rahmad hari ini mengumumkan tarikh kelahiran kakaknya, pelakon dan pengarah Erma Fatima, pada 14 Mac ini sebagai tanggal diijab kabul.

Pelakon filem Embun itu memilih dinikahkan di Masjidil Haram, Mekah sekitar pukul 8 pagi (waktu Mekah) dengan duda beranak dua yang juga seorang usahawan, Datuk Paduka Khairuddin Hassan, 47, berwalikan abangnya, Ahmad Reduan.

Umie kelihatan berseri mengenakan busana berwarna hitam pada majlis berinai di kediaman barunya, di I-Zen, Kiara 2, Mont Kiara malam ini.

Pelakon itu bakal berangkat ke tanah suci pada 11 Mac ini dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 18 Mac ini.

Menurut Umie, pemilihan Masjidil Haram adalah sebagai memenuhi hasrat suci yang menjadi lokasi impian perkahwinannya.

Selain itu, kata Umie memilih tarikh lahir kakaknya bukan sekadar berkongsi kegembiraan bersama keluarga malah, sebagai hadiah menerima seorang adik ipar kepada Erma pada hari lahirnya itu.

"Alhamdulillah, syukur setakat ini segala perjalanan majlis pernikahan saya berjalan lancar.

"Insya-Allah saya akan dilangsungkan pernikahan saya pada tarikh ulang tahun kelahiran kakak saya iaitu Erma pada 14 Mac ini.

"Tiada sebarang hantaran pada majlis pernikahan itu nanti kecuali pertukaran cincin nikah antara saya dan pihak lelaki," kata Umie.

Umie yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-37 pada 18 Januari lalu, mengambil keputusan dinikahkan setelah hampir enam bulan bertunang sejak 29 September tahun lalu.

Bersama-sama Umie ke tanah suci dalam rombongan yang terdiri daripada 20 orang itu selain keluarga terdekat kedua-dua pihak adalah wakil media.

Majlis resepsi pasangan itu dijadualkan berlangsung pada 28 Mac ini di Hotel One World, Bandar Utama, Damansara berkonsepkan taman Inggeris dan tradisional kontemporari oleh perancang perkahwinan, Jovian Mandagie.

Majlis berinai yang dihadiri oleh hampir 100 orang tetamu termasuk keluarga terdekat, rakan artisnya serta wakil media itu diserikan dengan kehadiran dua rakan karib Umie iaitu pelakon Erra Fazira dan Zahida Rafik.

Sementara itu, Erma Fatima yang ditemui pada majlis yang sama ketika mengulas pemilihan tarikh hari lahirnya oleh Umie, menganggap ia adalah cara Umie untuk memberi kegembiraan buatnya.

"Apapun, saya harapkan pernikahannya di tempat suci membawa berkat dan rahmat dalam perkahwinannya kelak," kata Erma.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular