Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 5 Mac 2010

Pidato Bahasa Melayu seDunia ke 4

Najib Tun Razak bergambar bersama para pemenang, Syazwan Suhaimi dari (Malaysia) johan kategori Nusantara, Zhang Song dari China johan kategori Antarabangsa pada Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam tadi.



KUALA LUMUR : 6 Mac --Seramai 56 peserta dari 51 negara menyertai pertandingan pidato edisi keempat itu, tahun ini. Bermula dengan Piala Timbalan Perdana Menteri, selepas tiga tahun, kini diangkat menjadi Piala Perdana Menteri.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau melihat pertandingan pidato itu begitu bitara atau unik bukan kerana ia merupakan satu-satunya pertandingan peringkat antarabangsa dalam bahasa Melayu tetapi kelebihan yang dapat ditonjolkan ialah melalui aspek praktikal penggunaan bahasa itu sendiri.

"Saya difahamkan semua urusan berkaitan penganjuran pertandingan ini dilakukan dalam bahasa Melayu. Khabarnya lagi, segala urusan surat-menyurat dan komunikasinya juga dilaksanakan dalam bahasa Melayu,"jelasnya.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana selepas memasuki edisi keempat tahun ini, penyertaannya meningkat dua kali ganda kepada lebih 50 buah negara dari enam benua, berbanding pada edisi pertama pada 2007 iaitu sebanyak 23 buah negara.

Justeru, beliau berharap agar usaha menganjurkan pidato itu tidak terhenti setakat ini sahaja tetapi haruslah menjadi kerja berterusan supaya suatu hari nanti dapat menarik penyertaan lebih ramai peserta dari segenap pelusuk dunia.

"Misalnya, jika selama ini, Malaysia menjadi pelopor Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa dan sentiasa menerima penyertaan menggalakkan hingga berupaya mengangkat nama Malaysia harum ke pentas dunia.

"Begitulah, saya yakin dan percaya bahawa apa telah kita mulakan dengan pertandingan pidato dalam bahasa Melayu ini juga satu kala kelak akan berkembang dan berjaya seperti mana Musabaqah al-Quran tersebut," katanya.

Sementara itu, peserta Malaysia, Mohd Syazwan Shuhaimi dinobatkan juara bagi kategori Nusantara manakala peserta dari China, Zhang Song bagi kategori antarabangsa.

Kedua-dua johan pertandingan peringkat akhir itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah US$5,000, piala pusingan serta piala iringan.

Naib johan kategori nusantara pula milik peserta Kemboja, Chai Lany Sles manakala tempat ketiga dimenangi oleh Leonora Lydia Gebby Wentuk dari Indonesia.

Naib johan kategori antarabangsa pula dimenangi oleh Natalya Budanova dari Russia manakala tempat ketiga, Josee Hunnekes dari Jerman.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai US$3,000 dan US$2,000 dengan piala iringan. Sebanyak lapan peserta layak ke peringkat akhir.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular