Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 3 Julai 2010

Qari Wilayah Persekutuan, Qariah Johor Johan Tilawah Al- Quran

YANG Di Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah (dua kiri) menyampaikan piala kepada johan qari, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dari Wilayah Persekutuan pada majlis Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan di Wisma MUIS, Kota Kinabalu.


KOTA KINABALU: (Bernama) -- Qari Wilayah Persekutuan Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dan qariah Johor Nor Azrah Ayub malam ini dinobatkan sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan ke-53 di sini.

Masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM15,000 dan pakej menunaikan ibadah haji.

Wan Ainuddin Hilmi, 28, dan Nor Azrah, 32, akan mewakili negara pada Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa yang akan berlangsung di Kuala Lumpur bermula 27 Julai hingga 3 Ogos.

Sementara itu qari Kelantan Muhammad Anuar Ghazali, 34, dan qariah Selangor Nor Ruzana Natiah Jaafar, 27, muncul naib johan qari dan qariah, manakala tempat ketiga masing-masing dimenangi Othman Azumi Ahmad, 51, dari Kedah dan Normalina Alias, 28, dari Wilayah Persekutuan.

Selain membawa pulang wang tunai, RM7,000 bagi naib johan, dan RM5,000 bagi tempat ketiga, qari dan qariah berkenaan juga menerima pakej mengerjakan ibadah haji.

Hadiah disampaikan Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah dan isterinya Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar.

Seramai 14 qari dan 13 qariah memperdengarkan bacaan al-Quran masing-masing pada tilawah yang berlangsung selama lima hari sejak Selasa lepas.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular