Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 2 Julai 2010

Wanita Indonesia mengaku salah buang bayi

( Foto hiasan )



SEREMBAN: Seorang wanita warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana tuduhan membuang bayinya yang baru dilahirkan di atas tong sampah di sebuah rumah teres di No.705, Jalan Sri Pulai 46/3, Taman Sri Pulai 3, di sini Selasa lalu.

Majistret Norita Mohd Ardani membenarkan wanita itu yang hanya dikenali sebagai Rusmiyah, 22, diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin warga Malaysia dan menetapkan 8 September depan bagi hukuman.

Dia dituduh mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya.

dijalankan oleh Cif Insp Idora Omar, sementara wanita itu tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Mizan Maulud, berkata bayi lelaki itu masih berada di Hospital Tuanku Jaafar di sini dan akan ditempatkan sementara di rumah kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur selama sebulan sementara mengesan keluarga dan tindakan selanjutnya. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular