Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 1 Julai 2010

Warga Titian Kasih " Lega "

Penghuni RTK membaca Yasin selepas solat hajat sebagai tanda kesyukuran.


KUALA LUMPUR: Tidak sampai empat jam proses pemindahan penghuni Rumah Titian Kasih (RTK) di Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa selesai, mereka akhirnya kembali mendiami rumah berkenaan jam 6 petang semalam.

Pengasas RTK, Sharifah Adlan atau lebih dikenali sebagai Mak Pah, berkata berita gembira itu disampaikan wakil peguam RTK jam 5 .30 petang semalam.

“Peguam memberitahu kami boleh menduduki rumah ini sehingga proses rayuan terhadap pengosongan rumah itu selesai.

“Rasa penat hilang sebaik saja menerima berita gembira ini walaupun saya tidak tahu berapa lama lagi kami boleh tinggal di rumah ini.

“Saya juga menerima panggilan daripada pihak bank yang sudi mempertimbangkan semula permohonan pinjaman untuk membeli rumah ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis solat hajat dan tahlil di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mak Pah berkata, ada pihak menyatakan kesudian memberikan dana kepada RTK bagi membayar rumah berkenaan.

Tinjauan Harian Metro mendapati semua penghuni sedang menunaikan solat hajat dan tahlil sebagai tanda bersyukur selain berharap segala urusan berjalan lancar.

Isu perpindahan itu timbul apabila pemilik rumah meminta mahkamah mengeluarkan arahan keluar daripada rumah itu April lalu.

Notis 24 jam diberikan kepada pengurusan rumah berkenaan yang menempatkan 73 penghuni wanita termasuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Jika dipindahkan, semua penghuni wanita perlu bersesak-sesak bersama 50 penghuni lelaki di sebuah lagi rumah perlindungan selepas diarah keluar daripada kediaman itu.

Penghuni, Nur Fazlinda Dayana Abdullah, 15, turut gembira dapat berpindah semula ke RTK walaupun hanya sementara kerana dapat bersama-sama penghuni lain yang diibaratkan seperti keluarga.

Kira-kira jam 11 pagi semalam, semua penghuni berkemas untuk berpindah ke rumah perlindungan yang menempatkan penghuni lelaki selepas diarah keluar daripada kediaman itu.

Penghuni, Nur Diana Rasuli, 24, yang mengalami masalah fizikal, sebak dan enggan meninggalkan rumah berkenaan, tetapi akur selepas dipujuk.

“Nana tak nak pindah. Nana nak duduk sini. Nana sayang rumah ini dan sedih sebab kena keluar. Apapun, Nana ucapkan terima kasih kepada mereka yang menolong. Selamat berpisah dan jumpa lagi,” katanya yang sudah menetap hampir tiga tahun di RTK.

Perasaan sedih turut dirasai Rospalila Mohd Nor, 45, yang masih terkejut apabila diberitahu mereka perlu berpindah dari rumah berkenaan memandangkan Mak Pah tidak pernah menceritakan kepada mereka mengenai hal itu.

“Hubungan kami seperti keluarga walaupun baru tujuh bulan saya tinggal di RTK setelah lumpuh. Walaupun sedih, saya terima apa yang berlaku sebagai dugaan dan berharap masalah ini diselesaikan segera,” katanya yang mengajar anak-anak di RTK mengulangkaji mata pelajaran bahasa Inggeris dan Matematik.

Ketika ditanya sekiranya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyelamatkan atau menempatkan penghuni RTK mengikut institusi di bawah jabatan bersesuaian, Mak Pah berkata dia menerima keputusan itu demi kebaikan dan masa depan anak -anak itu.

Pada masa sama, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata dia akan berusaha sedaya-upaya untuk membantu semua penghuni RTK mencari kediaman baru.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular