Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 28 Disember 2010

Indonesia sukar terima kekalahan

Norshahrul diasak dua pemain Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil,kemaren.


KUALA LUMPUR:---– Kejayaan skuad kebangsaan membenam Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Bukit Jalil di sini, mencetuskan pelbagai isu di kalangan media dan peminat sukan di negara jiran itu termasuk membangkitkan cerita mengenai garuda dan laser.

Ternyata kekalahan pasukan Indonesia kepada skuad negara memberi kesan mendalam kepada peminat sukan republik itu yang seperti sukar menerima kekalahan tersebut lantas meletakkan pelbagai alasan bagi menutup kekecewaan.

Laman sosial Twitter dan YouTube menjadi sasaran penyokong fanatik Indonesia untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila menyalahkan pancaran laser sebagai punca kekalahan pasukan ‘Merah Putih’ itu.

Selain isu laser, terdapat juga di kalangan media negara itu yang begitu sensitif apabila media Malaysia menggunakan tajuk Garuda Patah Sayap sebagai gambaran kepada kekalahan skuad Indonesia.

Bagi rakyat negara tetangga itu, Garuda merupakan simbol negara yang harus dihormati dan tidak boleh diguna pakai secara sewenang-wenangnya.

Namun, di sebalik laporan media dan reaksi penyokong yang penuh emosional itu, terdapat juga siaran berita yang bernada positif buat pasukan bimbingan K. Rajagobal itu.

Kompas.com umpamanya menyiarkan berita bertajuk Indonesia Perlu Belajar yang isi kandungannya tidak menyalahkan faktor-faktor lain atas kekalahan itu.

Komen-komen yang diberikan juga meminta penyokong fanatik Indonesia berhenti menjadikan pancaran laser sebagai ‘kambing hitam’ sebaliknya mengakui barisan pertahanan Indonesia kucar-kacir setiap kali diasak seawal minit pertama permainan.

Malah, melalui media sama, jurulatih Indonesia, Alfred Riedl mengakui bahawa kekalahan pasukannya bukan disebabkan pancaran laser.

Media itu juga mengakui barisan pertahanan Indonesia yang lemah membolehkan jentera serangan Malaysia menggempur mereka bertubi-tubi dan laser sekadar dijadikan alasan untuk menutup kekalahan memalukan itu.

Ketangkasan penyerang, Safee Sali yang menjaringkan dua gol turut berjaya mencuri tumpuan media Indonesia sambil menyifatkan pemain depan Selangor itu amat berbahaya jika tidak dikawal oleh pertahanan lawan.

Malah, jawapan Safee kepada media Indonesia semalam mengenai minatnya untuk beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) turut menjadi bahan berita media di negara itu.

Jawa Pos pula menggunakan tajuk yang cukup mudah Alamaaak... Indonesia Kecundangan di Bukit Jalil sebagai sajian berita muka depan mereka.

Ternyata kejayaan pasukan Indonesia layak ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF telah menjadikan seluruh pelosok negara itu serba tidak kena dan tidak keruan lebih-lebih lagi lawan yang mereka tentang merupakan pasukan tetangga, Malaysia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular