Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 2 Januari 2011

35 peserta tanaman serai ditipu penganjur



KUALA KUBU BHARU: Seramai 35 peserta di kawasan Felda Sungai Tengi yang menyertai projek tanaman serai berkelompok mendakwa kerugian antara RM5,000 hingga RM30,000 selepas syarikat yang menganjurkan tanaman itu menghilangkan diri sejak beberapa bulan lalu.

Seorang peserta, Mohamad Diah Hamidon, 31, berkata, dia kerugian RM15,000 setelah menyertai projek itu sejak awal tahun ini dan masih gagal mendapatkan semula wang dibelanjakan itu.

“Saya dan rakan lain kecewa selepas diperdayakan seorang lelaki anak tempatan di kawasan Felda ini apabila gagal menyatakan status sebenar pelaburan syarikat yang menganjurkan tanaman itu,” katanya.

“Kami mendapat tahu pemilik syarikat itu sudah melarikan diri bersama wang pelaburan peserta ke Kelantan sejak beberapa bulan lalu,” katanya, semalam.

Beliau berkata, dia bersama peserta lain turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kuala Kubu Bharu pada 16 Oktober lalu, namun masih berharap kes ini dapat disiasat segera.

Katanya, dia tertarik menyertai skim pelaburan itu apabila dijanjikan pulangan serta keuntungan melebihi RM80,000 untuk sekali pelaburan.

Seorang mangsa lain, Rizal Kasmu, 26, berkata, dia telah mengeluarkan modal RM10,000 untuk tujuan itu dan dijanjikan pulangan mencecah RM68,000 mengikut hasil tuaian.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular