Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 2 Januari 2011

Jasa Syed Isa bina jambatan antara agama disanjungi

TANDA PENGHARGAAN: Haji Wan Hussin Zoohri menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Syed Isa dengan (dari kiri) Encik Muhd Faiz Edwin Ignatius, Encik Izzuddin Taherally, Encik Anuar Yusop dan Encik Ameerali Abdeali.



SINGAPURA:--PEMIMPIN pertubuhan Melayu/Islam menghargai jasa mantan mufti, Syed Isa Semait, dan menyifatkan beliau sebagai seorang pemurah dan pemimpin berjiwa masyarakat.

Mereka menyanjungi juga usaha beliau membina jambatan antara agama di Singapura.

Presiden Jawatankuasa Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC), Encik Ameerali Abdeali, mengingati usaha Syed Isa dalam isu fatwa berkaitan pemindahan ginjal.

'Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesabaran, kegigihan dan keberanian beliau dalam membuat fatwa menyertakan umat Islam dalam Akta Pemindahan Organ Manusia (Hota).

'Langkah itu telah membantu dan akan terus menyelamatkan nyawa,' kata Encik Ameerali.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis jamuan malam bagi menghormati Syed Isa, yang bersara selepas berkhidmat selama 38 tahun, Jumaat lalu.

Majlis itu dianjurkan pertubuhan Melayu/Islam di Hotel Furama City Centre.

Encik Ameerali antara 200 pemimpin dan wakil 20 pertubuhan Melayu/Islam, termasuk Yayasan Mendaki, Angkatan Karyawan Islam (AMP), Darul Arqam, MKAC, Pergas dan Berita Harian, yang hadir di majlis itu.

Mereka tampil menyampaikan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Syed Isa atas jasa dan bakti beliau menjaga kemaslahatan masyarakat Islam di negara ini.

Seorang lagi pemimpin yang menyampaikan kata- kata penghargaan ialah pengerusi Pusat Pengajian Islam Semasa, Encik Ridzuan Abdullah Wu.

Selain menyanjungi usaha Syed Isa kepada masyarakat, Encik Ridzuan tersentuh oleh pemikiran beliau yang progresif.

Encik Ridzuan menceritakan pengalamannya ketika mengadakan lawatan ke Sydney, Australia, bersama Syed Isa.

Ketika menginap di sebuah apartmen, Syed Isa menyediakan sarapan mereka.

'Saya bertanya kepada beliau apakah perkakas memasak di apartmen itu boleh digunakan memandangkan kita tidak tahu siapa telah menggunakannya sebelum itu.

'Beliau berkata usah khuatir asalkan ia tidak kotor.

'Jelas sekali saya tersentuh oleh cara beliau membuat penyesuaian,' kata Encik Rizduan.

Presiden Kanan Mahkamah Syariah, Ustaz Haji Mohamad Haji Rais, pula menghargai budi Syed Isa kepada beliau.

Mengimbas kembali kenangan lalu, Ustaz Haji Mohamad berkata beliau mula mengenal Syed Isa pada 1969 ketika melanjutkan pelajaran di Mesir.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular