Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 2 Januari 2011

Kahwin Usia 110 tahun: Rombongan merisik Sabtu ini

AHMAD dipimpin oleh anaknya, Salmah Samsudin (kanan) ketika ditemui di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar semalam.


KUALA LUMPUR - Biasanya keluarga lelaki menghantar rombongan untuk merisik anak gadis yang menjadi pilihan sebe lum menetapkan urusan perkahwinan.

Bagaimanapun dalam kes warga tua, Ahmad Md. Isa, 110, dia tidak perlu berbuat demikian kerana rombongan keluarga pihak perempuan sendiri akan bertandang ke rumahnya di Alor Mengkudu dekat Alor Setar pada Sabtu ini untuk sesi berkenalan dan berbincang tentang masa depan mereka berdua.

Rombongan bagi pihak Sanah Ahmad, 82, itu akan bertolak dari Kuala Lumpur dengan disertai beberapa orang ahli keluarga termasuk wanita itu sendiri.

Anak lelaki Sanah, Baha Ahmad berkata, tujuan rombongan itu ialah mengenali lebih lanjut diri Ahmad.

"Kami akan berbincang dengan keluarga beliau (Ahmad) dan jika emak bersetuju, kami tiada halangan untuk perkahwinan itu dilangsungkan," kata Baha ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sanah pula bersyukur kerana sudah dimaklumkan keluarga Ahmad sudi menerima kunjungan mereka.

"Mak cik memang gembira tetapi elok tunggu hasil pertemuan itu nanti," katanya.

Sanah yang hidup sendirian sejak kematian suami 28 tahun lalu bersedia untuk bersuamikan Ahmad selepas membaca kisahnya dalam Kosmo! pada Rabu lalu.

Ahmad mengejutkan orang ramai kerana dia bukan sahaja mahu berkahwin tetapi juga menghadiahkan kereta kepada bakal isteri.

Sanah berkata: "Saya sanggup jaga dia jika kesihatan dia semakin teruk."

Sementara itu, anak Ahmad, Fatimah, 64, ketika dihubungi semalam menjelaskan, walaupun dia keberatan membenarkan bapanya berkahwin atas faktor kesihatan, pihaknya tetap bersetuju menerima kedatangan keluarga Sanah untuk berbincang secara bersemuka.

"Bagus juga kalau mereka datang kerana boleh lihat sendiri tahap kesihatan ayah saya yang batuk dan lelah sejak beberapa hari lalu," katanya.

Menurut Fatimah, tahap kesihatan bapanya juga semakin merosot sejak empat hari lalu dan memerlukan penjagaan rapi ahli keluarga.

"Setiap hari saya perlu urut dia dan saya bimbang wanita itu tidak mampu jaga ayah jika kesihatannya semakin teruk.

"Ayah memang bersungguh-sungguh nak kahwin dan selalu ingatkan saya agar jangan lupa cari jodoh," tambahnya.

FLASHBACK:

AHMAD menunjukkan kad pengenalannya bagi membuktikan tarikh lahirnya semasa melahirkan perasaan ingin berkahwin lagi.



AHMAD menatap akhbar Kosmo! yang memaparkan kisah dirinya menggunakan kanta pembesar di rumahnya di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar.


IBU tunggal, Sanah Ahmad, 82, meluahkan hasratnya untuk menjadi isteri kepada seorang warga emas, Ahmad Md Isa, 110 tahun yang mencari calon isteri baru-baru ini, di Flat Desa Rejang Setapak Jaya, Kuala Lumpur.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular