Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 2 Januari 2011

Misbun berat hati mahu bicara isu letak jawatan

Misbun Sidek


"SAYA minta maaf. Saya tidak ada rasa nak bercakap sekarang. Mungkin lain kali. Selamat Tahun Baru dan jaga diri."

Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada jurulatih perseorangan negara, Misbun Sidek ketika diminta mengulas lanjut mengenai keputusannya meletak jawatan secara mengejut, kelmarin.

Nada mesej berkenaan tampak lebih terarah kepada rasa tawar hati terhadap layanan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terhadapnya yang sukar dipendam lagi selepas sekian lama menyimpan segala kekecewaan.

Sehingga kini gelagatnya menimbulkan pelbagai misteri yang menjadi bahan tarikan peminat tanah air ketika ini untuk mengetahui kisah sebenar isi hati jurulatih itu yang berusia 51 tahun itu.

Bekas pemain dan jurulatih yang penuh kontroversi itu melakukan kejutan apabila menghantar surat peletakan kepada BAM menerusi emel Jumaat lalu ketika cabaran 2011 bermula dengan tiga kejohanan utama, bulan ini.

Kejohanan itu termasuk final Grand Prix (GP) di Taiwan bermula Rabu ini, diikuti Terbuka Malaysia (18-23 Januari) dan Terbuka Korea (25-29 Januari) - semua kejohanan itu akan disertai anak didiknya, Lee Chong Wei.
Begitupun, dia tidak menyatakan sebarang alasan di sebalik keputusannya itu.

Sementara itu, Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh, mengesahkan menerima surat peletakan jawatan jurulatih itu dan pihaknya akan segera menyelesaikan kemelut berkenaan.

“Perkara ini sudah dimaklumkan kepada presiden BAM (Datuk Mohd Nadzmi Salleh) yang kini berada di luar negara, dan hanya pulang Selasa ini. Beliau dijangka bertemu Misbun untuk mendapatkan penjelasan berhubung keputusan itu,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular