Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 9 Januari 2011

Mufti: Muslim terus makmurkan masjid



SINGAPURA:--- DALAM ceramah awam sulung sebagai mufti baru Singapura, Ustaz Mohamed Fatris Bakaram (bersongkok putih) menggesa masyarakat Melayu/Islam supaya terus memakmurkan masjid, yang peranannya menjangkaui rumah ibadah malah merupakan sebuah institusi masyarakat.

Ustaz Fatris berkata memakmurkan masjid dengan sesempurnanya, termasuk menghormati dan mendirikan solat berjemaah, akan melahirkan masyarakat cinta perpaduan dan benci perbalahan.

Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk Peranan masyarakat dalam mengimarahkan masjid sempena majlis penyampaian watikah perantikan jawatankuasa pembinaan masjid (JPM) Punggol, malam kelmarin.

'Sekarang, masjid-masjid di Singapura bukan setakat tempat ibadat solat atau tempat kuliah dan pengajian, masjid juga tempat kita bermasyarakat dan tempat saling mengenali satu sama lain dan untuk menyumbang bakti kepada insan-insan yang perlu keihsanan kita,' kata Mufti.

Panelis lain forum itu ialah Dr Sharifah Hayati Syed Ismail dari Malaysia, dan Ustaz Jamaluddin Abdul Wahab dari Masjid Darul Ghufran.

Sekitar 1,500 orang menghadiri forum di lelapang bersebelahan Stesen MRT Punggol itu. Masjid di Punggol itu akan didirikan di tapak tersebut.

Turut hadir ialah Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Mohd Alami Musa.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular