Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 2 April 2011

Hukuman perlu penjelasan


SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, setiap hukuman yang mahu dijatuhkan termasuk kepada kumpulan ajaran sesat perlu mendapatkan penjelasan terlebih dahulu.

Beliau berkata, perkataan sesat adalah perkataan berbentuk hukuman walaupun kadang-kadang hukuman itu ada pengaruh politik.

“Jadi atas nama keadilan Islam maka kita perlu berhujah dengan semua pihak dan siapa yang akan dihukum wajar diberi peluang membela diri,” katanya pada program Benarkah Sesat: Debat atau Tangkap? di sini, semalam.

Selain Dr Asri, dua lagi ahli panel iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan bekas Penasihat Undang-undang al-Arqam, Zabidi Mohamed dijemput sebagai panel.

Forum yang dikendalikan oleh Editor Agama di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Mohd Salahuddin Mohamed sebagai moderator itu dianjurkan dengan kerjasama Majalah I.
Bekas pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, sebarang keraguan dan salah tanggapan harus diselesaikan secara intelektual.

“Dialog, perbincangan intelektual adalah diperlukan, segala keraguan boleh diselesaikan di meja perbincangan,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat hari ini sudah matang dalam membuat keputusan terbaik dan kerana itu pendekatan ilmiah adalah terbaik bagi memberi ruang untuk bersuara.

“Sebagai negara demokrasi kita memerlukan perbincangan agar semua pihak tahu kebenaran. Pihak berkuasa harus memberi peluang kepada rakyat membela diri.

“Ini isu sensitif. Sesat atau tidak, ia garis panduan yang ditentukan manusia. Jika seorang Muslim yang dituduh sesat diajak berhujah dan dapat kembali ke pangkal jalan, ia lebih berkesan berbanding hukuman,” katanya.

Menurutnya, penyalahgunaan kuasa juga merupakan satu lagi elemen yang mengatakan seseorang itu salah tanpa berpeluang untuk membukti kebenaran.

Katanya, sebagai contoh penahanan A dibuat dengan begitu pantas kononnya didakwa melakukan kesalahan namun B yang melakukan perkara yang sama di tempat sama terlepas daripada sebarang tindakan.

“Jika sekadar berbeza pandangan ia tidak menjadi masalah kerana tidak mengancam keselamatan negara sebagai rakyat Malaysia kita berhak melontarkan pendapat masing-masing,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular