Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 2 April 2011

Mahkamah Tinggi batal pekeliling Kerajaan Selangor



SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk membatalkan pekeliling Kerajaan Negeri Selangor yang melarang kakitangannya disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di luar waktu pejabat.

Hakim Siti Zaleha Yusof turut menolak permohonan kerajaan negeri yang diwakili oleh peguam Tommy Thomas dan Fahda Nur Ahmad Kamar untuk menggantung sementara prosiding mahkamah tersebut sehingga Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock selesai.

Menurut Hakim Siti Zaleha, prosiding mahkamah itu tiada sebarang kaitan dengan suruhanjaya tersebut yang sedang bersidang di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Hakim tersebut memutuskan demikian setelah beliau menerima pakai keputusan dalam kes Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah yang membuat permohonan sama namun ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 Disember 2009.

Pekeliling No. 4 bertarikh 28 Julai 2009 itu dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud bagi menghalang kakitangan kerajaan Selangor ditemu duga oleh pegawai SPRM di luar waktu pejabat.

Ia didraf selepas Beng Hock, setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati selepas ditemu duga oleh pegawai SPRM Selangor di Plaza Masalam di sini pada 16 Julai 2009.

Pekeliling tersebut turut menyatakan semua perjumpaan atau proses temu duga bagi tujuan itu hanya boleh dilakukan dari pukul 8 pagi hingga 6.30 petang dan kerajaan negeri menyediakan khidmat guaman kepada mereka semasa SPRM menjalankan siasatan.

Pada 20 Ogos 2009, Abdul Gani memfailkan saman pemula bagi mendapatkan deklarasi bahawa pekeliling berkenaan tidak sah dan terbatal.

Pada prosiding hari ini, Peguam Negara diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan.

Fahda Nur ketika dihubungi oleh pemberita menyatakan, pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular