Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 2 April 2011

Isu poco-poco: Kelantan tunggu fatwa Pusat


KOTA BHARU - Kelantan menyerahkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menentukan hukum berhubung tarian poco-poco.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, oleh kerana isu tarian itu adalah isu nasional, ia perlu dibincang kan di peringkat Pusat supaya dapat diselaraskan di semua negeri.

“Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membincangkan isu ini dalam muzakarah di peringkat Pusat bagi menentukan dari segi hukumnya,” katanya semalam ketika ditanya mengenai keputusan Jawatankuasa Fatwa Perak yang mengharamkan tarian itu seperti yang diumumkan Muftinya, Tan Sri Dr Harussani Zakaria baru-baru ini.

Dalam kenyataannya baru-baru ini, Harussani dilaporkan berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Mohamad Shukri berkata, isu itu tidak berbangkit di Kelantan dan atas sebab itu, pihak berkuasa majlis fatwa negeri tidak bincangperkara tersebut.

"Itu adalah keputusan di Perak, sama juga dengan isu-isu lain seperti ESQ yang dipertikaikan di Wilayah Persekutuan dan tidak diharamkan di Kelantan. Jadi perkara itu tidak berbangkit.

“Kita hanya membincangkan apa-apa isu yang berkaitan dalam negeri seperti isu ajaran sesat membabitkan ‘Ayah Pin’ kita membincangkannya di peringkat negeri kerana ia melibatkan penyebaran di negeri ini." katanya.

Jawatankuasa fatwa negeri hanya boleh menerima pakai apa-apa fatwa yang diputuskan di peringkat Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan jika membabitkan isu nasional untuk diselaraskan, katanya.

Bagaimanapun, beliau meminta semua pihak tidak membuat andaian sendiri dan menunggu keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan menentukannya supaya ia tidak menimbulkan kekeliruan.

“Ini kerana hanya akan menimbulkan perselisihan pendapat dan sekali gus boleh memecah-belahkan perpaduan,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular