Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 26 Mei 2011

Pendakwa serah jawapan bertulis kes khalwat Razak

Pelakon Abdul Razak Ahmad.





PETALING JAYA – Pihak pendakwa syarie hari ini menyerahkan jawapan bertulis di Mahkamah Rendah Syariah di sini berhubung kes terhadap pelakon Abdul Razak Ahmad yang menghadapi tuduhan khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang, lima tahun lalu.

Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli berbuat demikian selepas artis itu yang diwakili peguam syarie Mohd. Azman Karim mengemukakan hujahan balas pada 28 April lalu.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohammad sebelum ini menetapkan 30 Jun ini untuk menentukan sama ada Abdul Razak dibebaskan atau dipanggil membela diri berhubung kes khalwat berkenaan.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Shafezan berkata, dalam hujah bertulisnya, elemen kes yang didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 telah dibuktikan melalui penangkapan tertuduh bersama seorang wanita yang bukan isterinya dalam sebuah rumah.

Dramatis itu yang sering memegang watak 'ustaz' dalam drama televisyen, hadir pada prosiding hari ini.

Abdul Razak, 44, didakwa berada bersama Selamah Sahudin, 43, dalam keadaan yang menimbulkan syak di No. A-4-19, Blok A, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006.

Ketika pertama kali didakwa pada 14 September tahun yang sama, Abdul Razak memohon dibicarakan tetapi Selamah didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan selepas mengaku melakukan perbuatan itu.

Jika sabit kesalahan, Abdul Razak boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular