Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 26 Mei 2011

Sorok mayat dalam almari



KUALA LUMPUR - Takut rahsia terbongkar, seorang penuntut kolej swasta berusia awal 20-an nekad menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat dilahirkannya dalam almari di bilik sebuah rumah di Cheras di sini, selama dua hari.

Difahamkan, penuntut terbabit melahirkan bayinya sendirian Selasa lalu dan bayi itu dipercayai mati sejurus dilahirkan.

Bagaimanapun, mungkin tidak tahan diselubungi rasa bersalah, penuntut itu akhirnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam, sambil membawa mayat bayinya yang dibalut tuala.

Sumber berkata, selepas polis merakamkan percakapan gadis itu, kes berkenaan diserahkan ke IPD Cheras di sini untuk meneruskan siasatan kerana kelahiran bayi itu berlaku di daerah itu.

“Ketika gadis itu datang ke balai polis, dia membalut mayat bayinya menggunakan tuala. Pada mulanya anggota polis bertugas menyangka dia menjadi mangsa kes jenayah dan mahu membuat laporan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular