Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 9 Jun 2011

Bapa mangsa ambil tindakan




GEORGE TOWN - "Saya akan ambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab."

Itu tegas Azrin Abdul Razak (gambar kecil), 37, bapa kanak-kanak malang, Arina Kirana Azrin, 5, yang parah dirempuh seekor kuda ditunggang lelaki tempatan ketika sedang bermain pasir di pantai Batu Feringghi di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, mangsa yang bercuti dan menginap di Hotel Park Royak di sini bersama keluarganya melambung dan berpusing beberapa kali sebelum terjatuh tidak jauh dari lokasi tempat dia bermain.

Azrin yang ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam berkata, beliau akan melantik peguam dalam masa terdekat untuk memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil.

"Saya berterima kasih kerana polis cepat bertindak (selepas insiden itu), tetapi tetap tidak berpuas hati kepada pihak yang menyebabkan kejadian ini berlaku.

"Tindakan sewajarnya perlu diambil kepada pihak bertanggungjawab ke atas kejadian yang sama boleh berulang lagi kepada mangsa lain," ujarnya yang kecewa dengan keselamatan pengunjung di pantai peranginan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayob Yakcob semasa melawat mangsa yang dirawat di Wad Kanak-kanak HPP semalam memberitahu, polis telah pun menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, seorang lelaki Melayu berusia 28 tahun yang merupakan pengendali sukan pantai telah ditahan kelmarin di Batu Feringghi dipercayai penunggang kuda tersebut.

Katanya, suspek yang dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi disahkan positif dadah jenis morfin turut mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah rumah dan penyalahgunaan dadah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular