Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 28 Jun 2011

Ramai orang muda diberi tempat dalam pimpinan kerajaan





KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lebih ramai muka baru dalam kalangan orang muda akan diberi tempat dalam pimpinan kerajaan jika Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat pada pilihan raya umum nanti.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan pimpinannya ketika ini sangat memerlukan suara orang muda untuk terus bersama-sama dengan kerajaan.

"Saya percaya akan ada lebih banyak pengiktirafan untuk orang muda bila tiba masanya. Saya tak boleh buat perubahan besar tetapi apabila diberikan mandat, kita akan cuba melakukan perubahan.

"Kita perlu gabungan muka baru dan lama dalam kerajaan,'' katanya pada sesi dialog sempena Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri anjuran Korporat Muda Malaysia di sini malam ini.

Kata Najib, mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kerajaan sekarang masih mempunyai mandat tetapi tidak menolak kemungkinan ia akan diadakan pada bila-bila masa.

"Fokus kerajaan kini adalah untuk menjayakan pelbagai program transformasi. Ia tidak lama lagi tetapi yang pastinya sebelum 2013," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai pelaksanaan gaji minimum, Najib mengakui gaji yang diterima pekerja di negara ini masih lagi rendah berbanding tahap profesional dan kemahiran yang dimiliki.

"Peguam, doktor dan jurutera adalah antara yang tidak mendapat gaji sewajarnya dengan kemahiran mereka. Oleh itu, kita perlu lebih kompetitif.

"Kita juga perlu inovatif dan sentiasa meningkatkan produktiviti selain menjadi lebih kreatif,'' jelasnya.

Terdahulu, dalam ucapan pada majlis itu, beliau mengajak golongan ahli korporat muda untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam menjayakan agenda transformasi negara.

Tambahnya, segala agenda transformasi seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan program transformasi lain tidak akan berjaya tanpa sokongan golongan berkenaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular