Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 29 Jun 2011

Jelang perkahwinan, pengantin perempuan menghilang





POKOK SENA - Tinggal lebih kurang seminggu sahaja menjelang hari perkahwinan, seorang gadis berusia 20 tahun dipercayai menghilangkan diri bersama bakal suaminya pada 18 Jun lalu.

Siti Mariam Saad, 20, didakwa menghilangkan diri selepas ibunya, Rofiangah Saad, 43, gagal menghubungi telefon bimbit anak keempatnya sehingga hari ini.

Rofiangah berkata, bakal suami anaknya yang dikenali dengan nama Wira Jamaluddin, 24, berkenalan dengan Siti Mariam melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kira-kira setahun lalu.

Dakwanya, bagaimanapun dia sekeluarga masih belum mengenali sepenuhnya latar belakang Wira dan hanya mengetahuinya berasal dari Sarawak berikutan lelaki berkenaan lebih banyak mendiamkan diri.

“Siti Mariam mengenali Wira melalui SMS yang tersalah hantar sebelum Wira ‘menghulurkan salam perkenalan’ dan disambut baik oleh Siti Mariam.

“Perhubungan mereka semakin mesra sehinggakan Wira sanggup datang beberapa kali ke rumah kami untuk berkenalan dengan keluarga saya dari Selangor setiap kali bercuti dan dia mendakwa bekerja sebagai pengawal keselamatan di sana,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di Kampung Bendang Lanjut, dekat sini.

Pasangan berkenaan dijadualkan disatukan pada 6 Julai ini.

Kehilangan Siti Mariam dan Wira bermula apabila mereka meminta bantuan adik Siti Mariam, Muhammad Firdaus, 17 untuk dihantar ke pekan Pokok Sena pada hari kejadian.

Rofiangah berkata, sebelum ini kebaikan yang dilihat pada lelaki itu menambat hati dia dan suami untuk mengambilnya sebagai anak angkat sebelum lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk menetap di kampung terbabit dan meraih pendapatan dengan menjual rebung buluh.

Menurutnya, keakraban Siti Mariam dan Wira menuntut mereka sekeluarga untuk menyatukan pasangan berkenaan apabila dilihat serasi bersama.

“Saya tidak tahu apa punca kehilangannya dan sebelum ini langsung tidak ada tanda-tanda dia akan berbuat demikian memandangkan Siti Mariam anak yang patuh dan pendiam,” katanya.

Pada hari kejadian, Siti Mariam yang berambut panjang paras bahu dan berkulit hitam manis semasa keluar berpakaian jean hitam serta membawa beg putih.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Rofiangah menerusi talian 019-5102480 atau mana-mana balai polis berhampiran.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular