Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 28 Jun 2011

Berdosa isytihar diri mati





KUALA LUMPUR - Lari daripada tanggungjawab dan sanggup menipu dengan mengisytiharkan diri yang masih hidup sebagai mati, bukan langkah bijak, malah ia adalah satu dosa.

Penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata, perlakuan sebegitu bukan saja menyusahkan orang lain terutamanya keluarga terdekat tetapi juga diri individu itu sendiri apabila tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan sempurna seperti sebelum ini.

“Individu itu menanggung dosa kerana dia menipu orang ramai apabila menyatakan dirinya meninggal dunia sedangkan dia mempunyai pilihan lain seperti melaporkan masalah dihadapi kepada pihak berkuasa agar keselamatan diri dan keluarga terjamin.

“Negara kita ada undang-undang dan jangan cepat mengambil jalan mudah seperti ini. Selain itu, sampai bila dia boleh menyorok dan menghilangkan diri jika timbulnya urusan penting seperti anaknya mahu melangsungkan perkahwinan atau sebagainya,” katanya.

Justeru itu, beliau menasihatkan, sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara setiap individu harus memikirkan kesan positif dan negatif yang dihadapi di kemudian hari.

Hassan merujuk muka depan media semalam mengenai seorang peniaga wanita berusia 59 tahun, dikenali sebagai Halimah yang berpakat dengan keluarga mengisytiharkan kononnya dirinya mati semata-mata mengelak daripada gangguan ceti haram atau along.

Wanita itu berkata, dia mengisytiharkan kematian palsu apabila keluarganya tidak tahan diancam along termasuk menerima ugutan menerusi SMS yang menyatakan rumahnya dipecah masuk dan semua barangan akan diambil.

Katanya, masalah bermula apabila dia membuat pinjaman RM10,000 daripada seorang along untuk menampung kos perniagaannya dan membayar gaji pekerja serta kos lain September tahun lalu.

Setakat ini, dia membuat bayaran RM140,000 kepada 14 along, namun jumlah itu belum mencukupi menyebabkan dia diganggu dan keselamatan keluarganya diancam hingga memaksa wanita itu menyembunyikan diri di tempat lain.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Wan Azreena Wan Jaafar berkata, tindakan memalsukan kematian kebiasaannya kerana didorong keadaan terdesak serta mengalami tekanan emosi melampau.

“Bagaimanapun, ia bukan jalan yang terbaik dan mangsa memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular