Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 29 Jun 2011

Ghairah: Gigit Isteri semasa bersetubuh




KUANTAN - Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menggigit isterinya yang berusia 23 tahun itu ketika mengadakan persetubuhan.

Tertuduh, Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh dekat sini, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Tertuduh didakwa mencederakan mangsa antara pukul 12 tengah malam dan 3.30 pagi, 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Terdahulunya, selepas kertas pertuduhan dibacakan, tertuduh segera memberitahu bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu, selain mempersoalkan pertuduhan terhadapnya.

Mendengarkan jawapan tertuduh, Noradidah bertanya, jika dia tidak melakukannya, mengapa ada kesan gigitan pada mangsa.

Lelaki terbabit bagaimanapun mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah.

Berikutan pengakuan itu, Noradidah memerintahkan Mohd. Shakri diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin, selain mengenakan beberapa syarat tambahan iaitu dia tidak boleh menghubungi dan pulang ke rumah mangsa ataupun menghampiri isterinya.

Bagaimanapun, tertuduh difahamkan gagal membayar wang jaminan dikenakan ke atasnya dan dihantar ke Penjara Penor sementara menunggu sebutan semula kes pada 25 Julai depan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah.

Selepas kejadian, tertuduh dipercayai melarikan diri sehingga ditahan di Kota Bharu, Kelantan pada 26 Jun lalu sebelum dihadapkan ke mahkamah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular