Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 26 Jun 2011

Botak: Tolak permohonan maaf menteri

IMBAS: Seorang bekas pelatih bomba wanita, Hizyaty Othman, 28, menunjukkan gambar kepalanya yang dibotakkan ketika ditemui pemberita di kediaman mereka di Taman Berjaya, Jalan Pegawai di Alor Setar.





ALOR SETAR - Keluarga bekas pelatih bomba wanita, Hizyaty Othman, 28, yang mendakwa diarah membotakkan kepalanya semasa menjalani latihan, menolak permohonan maaf oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung di sini, semalam.

Bapa Hizyaty, Othman Long, 63, berkata, dia tidak dapat menerima permohonan maaf itu yang hanya disuarakan pada sidang media tanpa kehadiran semua pihak yang terlibat, termasuk keluarganya.

“Bukan saya tak hormati permohonan maaf beliau sebagai menteri, saya hormat tapi bukan begitu caranya. Saya tak dapat terima permohonan maaf yang dibuat dengan cara itu (sidang media),” katanya kepada wartawan, semalam.

Othman berkata, dia dan keluarganya tidak mempunyai masalah untuk menghadiri sidang media itu jika diminta berbuat demikian lebih awal.

“Tapi apa yang berlaku, saya tidak tahu apa-apa, tidak dijemput hinggalah pagi tadi (semalam), saya terkejut apabila dihubungi seseorang dari pejabat MCA Kedah yang bertanya, mengapa saya belum hadir ke sidang media yang akan diadakan pada jam 11 pagi.

“Saya nak hadir macam mana sedangkan saya tak tahu apa-apa mengenai sidang media itu,” katanya.

Menurut Othman, rasa tidak puas hati ahli keluarganya berkaitan isu itu mungkin reda jika pihaknya berpeluang bersemuka dengan menteri berkenaan serta meluahkan apa yang terbuku di hati.

“Tapi malangnya, pertemuan ini diatur secara tergesa-gesa sehingga menyangka mereka sendiri sudah menjemput saya sedangkan mereka tidak pun berbuat demikian,” katanya.
Othman, seorang pesara kastam berkata, dia berasa sangat kecewa kerana arahan seumpama itu tidak pula dinyatakan dalam surat tawaran.

“Saya juga pernah kerja beruniform namun setahu saya, setiap pelatih wanita hanya diarahkan berambut pendek, bukan sehingga botak,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular