Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 27 Jun 2011

Vip, Ahli Korporat Pilih Nikah di Siam




ALOR SETAR - Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) mendaftarkan semula perkahwinan 147 pasangan rakyat negara ini yang berpoligami di Thailand, termasuk membabitkan orang kenamaan (VIP) dan ahli politik sepanjang dua tahun lalu.

Pernikahan yang sebahagian besarnya dilakukan di Wilayah Songkla dan Narathiwat itu kebanyakannya membabitkan perkahwinan kedua bagi lelaki yang berumur lewat 40-an dengan pasangan wanita berusia awal 20-an, yang tidak mendapat restu isteri pertama.

Prosedur pernikahan yang mudah di Thailand termasuk membabitkan hal poligami menyebabkan ramai rakyat Malaysia memilih negara jiran sebagai tempat untuk melangsungkan perkahwinan, terutama bagi pernikahan yang bermasalah.

Sumber JAIK berkata, gagal mendapat kebenaran isteri pertama, selain menyorokkan pernikahan daripada pengetahuan isteri dikesan menjadi antara penyebab lelaki Malaysia memilih untuk bernikah di Thailand sebelum mendaftar semula perkahwinan di negara ini.

Difahamkan, 49 permohonan daftar semula nikah di Thailand diselesaikan pada 2009 dan 44 kes tahun lalu.

Sumber itu menambah, aliran perkahwinan di Thailand ini dikatakan semakin meningkat tidak kira sama ada membabitkan poligami atau pernikahan kali pertama, berikutan prosedur pernikahan di Thailand yang mudah dan diyakini sah dari segi syarak.

"Dulu pasangan terdedah dengan sindiket jurunikah palsu tetapi sejak 2008, kerajaan Thailand sudah mewajibkan setiap pasangan yang mahu bernikah di Wilayah Songkla harus disempurnakan di Masjid Songkla dengan jurunikah bertauliah.

"Ini sekali gus memudahkan urusan nikah pasangan terbabit dan mengelak daripada pernikahan tidak sah atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa kebenaran perlu memfailkan kes di mahkamah syariah di Malaysia untuk menentukan sama ada perkahwinan itu sah atau sebaliknya.

Katanya, pasangan perlu hadir di mahkamah syariah untuk mendaftar semula perkahwinan dengan membawa bukti perkahwinan seperti surat nikah untuk membuktikan siapa jurunikah, saksi dan di mana pernikahan itu berlaku.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular