Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 30 Jun 2011

Rakam video skirt ketika temu duga wanita




SINGAPURA - SEORANG wanita berusia 29 tahun yang menghadiri satu temu duga kerja terkejut apabila mendapati penemu duganya merakam video dalam skirtnya.

Semalam, penemu duga itu, Vernon Loh Chiang Meng, 40 tahun, dijatuhi hukuman penjara dua minggu setelah mengaku bersalah mencabul kehormatan wanita tersebut.

Loh, seorang pengurus pembangunan perniagaan di syarikat dagangan Italiaworld, melakukan kesalahan itu di pejabat syarikatnya di bangunan Lucky Chinatown di New Bridge Road pada 12 Mac tahun lalu.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa ke pejabat Loh sekitar 5 petang untuk ditemu duga bagi jawatan sebagai penolong akaun.

Dalam sesi temu duga oleh Loh sendiri, mangsa disuruh pula menjalani temu duga menerusi telefon dengan seorang kakitangan sumber manusia di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Loh menduduki sebuah kerusi di belakang mangsa.

Sedang mangsa menjalani temu duga menerusi telefon itu, beliau berasa tidak selesa kerana Loh duduk agak rapat dengannya.

Apabila mangsa menoleh, beliau mendapati Loh meletakkan sebuah telefon bimbit di bawah skirtnya. Mangsa meninggalkan tempat itu dan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Loh boleh dihukum penjara hingga setahun, denda atau kededuanya sekali bagi kesalahan itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular