Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 25 Jun 2011

Malaysia ada kelab 'Lesbian" ??

Ayish dedahkan kehidupan songsangnya.






KUALA LUMPUR - Merisaukan apabila satu laman web pengkid mampu menarik lebih 1,600 ahli dari seluruh negara dengan segelintir daripadanya secara terang-terangan mendakwa gemar menjalin hubungan sejenis, seolah-olah menggambarkan kegiatan itu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Golongan songsang ini tanpa segan silu memaparkan nama dan nombor telefon bimbit masing-masing dalam laman web berkenaan supaya mudah dihubungi mereka yang berminat.

Tidak cukup dengan itu, ada antara mereka sanggup mengajak pasangan yang baru dikenali daripada laman web berkenaan untuk mengadakan seks rambang dengan rakan mereka.

Pemerhatian wartawan mendapati kebanyakan gadis yang menyertai laman cari teman berkenaan terdiri daripada lingkungan umur 19 hingga 30 tahun.

Profil kebanyakan gadis terbabit menunjukkan mereka berpelajaran tinggi, menuntut di universiti terkenal tempatan dan ada juga yang bekerja serta mempunyai jawatan bertaraf eksekutif di beberapa syarikat besar.

Hasil pemerhatian itu juga mendapati, kelompok songsang ini menjadikan laman web berkenaan sebagai tempat untuk meluahkan perasaan selain membuka ruang untuk ahli baru mendaftarkan diri.

Wartawan yang melakukan penyamaran turut mendaftarkan diri dalam laman web berkenaan. Malah, siasatan yang dilakukan berjaya membawa wartawan bertemu dua gadis yang mengaku pengkid dan lesbian.

Gadis yang ditemui mengaku laman web berkenaan menjadi tumpuan golongan bernafsu songsang mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan. Selain itu, tidak kurang juga yang cuba mencari ‘cinta sejati’ daripada kaum sejenis.

Malah, selain portal berkenaan, mereka turut menyertai pelbagai ‘kelab’ lesbian dan pengkid di alam siber itu. Pemerhatian wartawan turut mendapati pasangan lesbian mahupun pengkid lebih mesra, penyayang dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

AYISH, 23:

MENURUT Ayish, dia mula menyertai laman web berkenaan sejak tujuh bulan lalu bagi memudahkannya berjumpa dan berkenalan dengan kaum sejenis.

“Sejak menyertai laman web berkenaan, saya sudah berjumpa dengan 10 gadis yang masing-masing meminati pengkid. Malah, ada antaranya pernah menjadi teman wanita dan tidak kurang juga ‘skandal’.

“Jika di luar sana, pasti sukar untuk mendekati gadis. Lagipun, nanti orang pandang serong pula. Tetapi dengan laman web berkenaan, semuanya secara terbuka dan mereka yang menyertainya mempunyai minat yang sama,” katanya.

Ini kerana dia ditinggalkan teman lelakinya yang bernafsu songsang hingga mula berpaling kepada wanita gara-gara ‘patah hati’ dengan lelaki.

“Sebab itu, saya mahukan seorang gadis yang betul-betul boleh mengisi kekosongan dalam hati ini. Saya mahu gadis yang benar-benar mencintai saya. Saya juga tidak pasti sampai bilakah saya akan jadi seperti ini. Kerana lelaki, saya yang merana. Kalau nak diikutkan, saya memang mahu berubah.

SHIMA, 26:

Bagi Shima, dia lebih gemar menjadi lesbian kerana tidak perlu menukar penampilan seperti seorang lelaki selain dapat memadu kasih dengan kaum sejenis ataupun lelaki.

Menurutnya, dia mula terbabit dengan kegiatan songsang itu ketika masih menuntut di bangku sekolah.

Ini kerana, katanya, bercinta dengan gadis lebih menyeronokkan berbanding lelaki.

“Kebanyakan kenalan yang saya temui bermula daripada laman web berkenaan. Sejak menyertainya tiga tahun lalu, saya mempunyai ramai kenalan lesbian dan pengkid.

“Bagaimanapun, saya lebih gemarkan wanita yang berperwatakan ayu dan manja. Saya tidak berapa meminati pengkid kerana mereka lebih cenderung meniru gaya kaum lelaki.

“Bagi saya, seorang wanita lebih mengambil berat, penyayang dan memahami hati serta perasaan saya. Sebab itu, saya rasa bahagia setiap kali bersama dengan wanita yang saya sukai,” katanya.

Menurut Shima, dia pernah mempunyai teman lelaki dan pada masa sama mempunyai kawan rapat yang juga seorang gadis.

Ketika sedang hangat bercinta, katanya, dia sering kecewa dengan layanan teman lelaki namun si gadis pula lebih banyak membantu ketika dalam kesusahan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular