Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 28 Jun 2011

Mtex Langkawi terpaksa dibatalkan





LANGKAWI – Penganjuran Ekspo Pelancongan Malaysia (Mtex) 2011 yang dirancang oleh Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) untuk diadakan di sini mulai 25 hingga 28 September ini terpaksa dibatalkan berikutan faktor kewangan.

Pengerusi bersama Mtex, Pishol Ishak berkata, pembatalan itu dibuat kerana tidak mendapat kerjasama beberapa pihak seperti syarikat penerbangan yang mengenakan tambang tinggi kepada agensi-agensi pelancongan negara-negara yang mengambil bahagian, walaupun setelah beberapa rundingan dibuat.

"Selain itu, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) tidak dapat memberi bantuan dan kerjasama bagi menjayakan program ini. Pihak agensi itu tidak mempunyai bajet (peruntukan) untuk program ini,” katanya di sini hari ini.

Pishol, yang juga Pengerusi Matta Kedah, berkata Exco Matta yang bermesyuarat pada 25 Jun lepas di Kuala Lumpur membuat keputusan membatalkannya dan kemungkinan mengadakannya di Kuala Lumpur tahun depan.

Matta sebelum ini memilih Langkawi sebagai tuan rumah Mtex untuk tiga tahun berturut-turut mulai tahun ini, bagi memajukan industri pelancongan dan meningkatkan kehadiran pelancong ke pulau peranginan ini dan Malaysia.

Matta pernah dua kali mengadakan Mtex, yang pertama di Melaka pada April 2007 dan kemudian di Kuala Lumpur pada Mei 2008 dengan kedua-dua acara mendapat sambutan yang baik.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular