Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 29 Jun 2011

Amah dari Aceh belasah majikan dengan tukul besi

Kepala Kartena yang berjahit. Gambar kecil, Fitriani.





SEREMBAN - “Saya merayu berkali-kali supaya berhenti memukul, tetapi pembantu rumah itu seperti ‘naik hantu’ apabila membelasah saya bertubi-tubi menggunakan tukul besi dan kayu,” kata suri rumah, Kartena Kamaruddin, 31, yang parah dibelasah pembantu rumahnya di Bandar Enstet, Nilai, dekat sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Kartena yang hendak memasuki kereta untuk menghantar anak sulungnya ke tadika berhampiran terkejut apabila dipukul lebih 30 kali di kepala dan badan oleh pembantu rumahnya yang baru sebulan bekerja.

“Ketika itu saya memasukkan anak bongsu berusia dua tahun ke dalam kereta dan tiba-tiba diserang dari belakang sebelum dipukul bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Seremban, di sini, semalam.

Menurutnya, pembantu rumah dikenali sebagai Fitriani, 19, dari Aceh, Indonesia, menarik rambut dan mengheretnya ke dalam rumah dan memukulnya.

“Ketika itu saya melihat dia mengambil gunting, tetapi saya menggigit tangannya membuatkan gunting itu terlepas. Kalau tidak pasti saya mati,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular