Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 27 Jun 2011

Buddha S'pura hulur bantuan menjelang Ramadan




SINGAPURA - BADAN kebajikan dan agama setempat, Singapore Buddhist Lodge (SBL), akan menghulurkan cek-cek berjumlah sekitar $56,000 di samping beras, minyak dan mihun kepada 45 masjid dan 11 pertubuhan Islam di sini menjelang bulan suci Ramadan ini.

Inisiatif tersebut merupakan yang terbesar pernah diusahakan badan tersebut sejauh ini, bagi memanfaatkan program bubur masjid amal Ramadan kendalian masjid-masjid tersebut, seperti Masjid Al-Taqwa, Masjid Mydin dan Masjid Wak Tanjong, untuk diagihkan kepada golongan susah Muslim di sini.

Pertubuhan yang terlibat antaranya Persatuan Taman Pengajian Islam Singapura (Pertapis), Persatuan Arab dan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).

Pentadbir SBL, Cik Linda Neo, ketika dihubungi berkata bahawa inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada pelbagai usaha yang dijalankan SBL bagi memupuk keharmonian antara kaum dan agama di kalangan warga setempat.

'Kami rasa inisiatif ini adalah satu peluang baik bagi Singapore Buddhist Lodge meningkatkan lagi persefahaman antara kumpulan agama yang berbeza dan ia juga dapat menyemai keharmonian kaum.

'Bahkan ajaran kami juga mengajar supaya kita prihatin, memaparkan keihsanan dan juga semangat penyayang tanpa mengira bangsa atau agama,' ujarnya.

Menjelaskan, Cik Neo berkata setiap masjid dan pertubuhan akan menerima cek $1,000 bagi membeli bahan-bahan dapur seperti kopi, teh dan gula untuk menjamu golongan miskin sepanjang Ramadan ini.

Setiap masjid dan pertubuhan juga akan diberikan hingga 2,000 kilogram beras dan 300 kilogram minyak bagi menyokong usaha mereka mengagihkan bubur amal, di samping hingga 100 kilogram mihun untuk menjamu golongan miskin, mengikut keperluan masing-masing.

Menurut Cik Neo, SBL telah memberikan barangan makanan seperti beras dan minyak kepada masjid-masjid untuk diagihkan kepada golongan miskin Muslim di sini sempena Ramadan sejak beberapa tahun lalu.

Malah sejak beberapa tahun lalu SBL turut mengagihkan beras kepada beberapa masjid serta Persatuan Jamiyah setiap bulan.

Selain itu, antara usaha SBL ialah mengumpulkan sebanyak $140,500 bersama Persekutuan Taois (Singapura) dan Persatuan Jamiyah bagi mangsa banjir Pakistan pada tahun lalu dan menyumbang $20,000 bagi projek membaik pulih Masjid Kampung Siglap yang dilanda kebakaran.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular