Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 29 Jun 2011

Pemuda ragut perawan gadis, di jel dan sebat




LEDANG - Seorang pekerja warung dihukum penjara lima tahun dan sebatan dua kali oleh Mahkamah Sesyen Tangkak di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang budak perempuan berusia 11 tahun.

Hakim Kamarudin Kamsun memerintahkan hukuman penjara ke atas Radin Suri Osman Romanti, 22, berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap sehari selepas kejadian.

Radin mengaku melakukan kesalahan itu antara pukul 7 dan 8 malam, 18 Jun lalu, di bilik sebuah hotel di bandar Muar.

Tertuduh yang berasal dari Sungai Mati, Ledang didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh menemui mangsa bersama seorang rakan lelakinya ketika berjalan-jalan berhampiran Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) sebelum mereka dibawa makan di sebuah restoran di Jalan Abdullah dan dipelawa membeli baju.

Tertuduh kemudian membawa mangsa bersama rakannya ke sebuah hotel dengan alasan untuk bertemu ibunya dan menyuruh rakan mangsa mandi semasa dia merogol mangsa.

Mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada hari yang sama dan tertuduh berjaya diberkas keesokannya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Asrof Adrin Kamarul manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular