Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 29 Jun 2011

Sekolah Sains Sarawak lawat Perpustakaan UBD

Wajah-wajah gembira pelawat dari Sekolah Menengah Sains Sarawak ketika berada di perpustakaan UBD.



BANDAR SERI BEGAWAN - Satu rombongan penuntut dan guru dari Sekolah Menengah Sains Sarawak (SMSS) di Kuching hari ini mengadakan lawatan ke perpustakaan Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada aturcara sepanjang Program Kerjasama Peringkat Antarabangsa Sekolah Kluster Kecemerlangan ke Brunei Darussalam, selain melawat institusi pendidikan dan tempat-tempat menarik di negara ini.

Ketibaan rombongan disambut oleh Ketua Bahagian Pinjaman dan Penyelaras Perkhidmatan Pengguna Haji Abdullah Haji Tahir bersama-sama dengan pegawai dan kakitangan perpustakaan. Rombongan kemudian diberikan taklimat mengenai perpustakaan tersebut diikuti lawatan ke kemudahan-kemudahan yang terdapat di situ seperti bilik belajar persendiran dan berkumpulan, kemudahan mencari buku elektronik serta mesin peminjaman dan pengembalian buku elektronik.

Lawatan berkahir dengan sesi bergambar ramai dan guru pengawas rombongan tersebut menandatangani buku pelawat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular