Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 26 Jun 2011

Mempelam kembar di Alor Janggus





ALOR JANGGUS - Seorang lelaki berasa terkejut dan tergamam apabila melihat mempelam jenis cakonan yang bercantum sewaktu mengunjungi rumah rakannya di pekan Alor Janggus.

Elias Ismail, 48, berkata, rakannya menyedari mempelam kembar itu sewaktu berjalan di sekitar kawasan tanaman pokok berkenaan yang di belakang rumah.

Menurutnya, dia sebelum ini tidak pernah melihat mempelam kembar sama ada jenis yang sama atau berbeza.

“Buah mempelam ini agak berbeza berbanding mempelam yang biasa ditemui dan mempunyai keunikannya tersendiri.

“Saya juga difahamkan rakan saya menyedari mengenai mempelam itu setelah ia gugur daripada pokok dan masak serta berwarna kuning,” katanya.

Elias berkata, mempelam kembar itu juga tidak dimakan oleh rakannya kerana buah itu sudah buruk sewaktu ditemui.

Katanya, rakannya itu turut memaklumkan yang mempelam itu tidak akan dijual atau disimpan walaupun dia adalah penjual mempelam di kawasan sekitar.

Selain itu, menurutnya, rakannya juga memaklumkan mempelam itu tidak akan ditanam semula kerana mereka menganggap kejadian itu hanyalah satu kebetulan sahaja.

“Kami mengambil keputusan untuk tidak menanam atau menyimpan buah itu kerana menganggap ia hanya lumrah kejadian alam dan tidak mempercayai apa-apa berhubung kejadian ini,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular