Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 27 Jun 2011

Perjuangan P.Ramlee wajar dihayati generasi muda

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee






KLANG - Perjuangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam kerjaya seni negara wajar diteladani dan dijadikan inspirasi oleh golongan generasi muda, kata Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Beliau berkata ini kerana keupayaan seniman agung itu banyak menyumbang bukan sahaja kepada industri muzik dan filem tanah air, malah pembentukan sosial budaya masyarakat.

"Hasil perjuangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam kerjaya seni tiada tolok bandingannya sama ada yang tersurat ataupun tersirat. Justeru hasil kerjaya P.Ramlee wajar diingati berterusan untuk didedahkan kehebatannya kepada generasi muda masa kini," katanya semasa menutup Karnival P.Ramlee 1Malaysia di sini, malam tadi.

Joseph berkata karnival itu adalah bukti bahawa P.Ramlee yang merupakan lagenda negara sentiasa hidup di hati generasi muda walaupun setelah 38 tahun pemergiannya.

Karnival selama tiga hari yang berakhir semalam dianjurkan Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanahair (Papita) dengan sokongan kementerian dengan melibatkan 100 orang termasuk artis Papita, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular