Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 25 Jun 2011

Botak: Menteri Mohon Maaf

CHEE HEUNG melihat gambar Hizyaty yang dibotakkan ketika menjalani latihan di Akademi JBPM Wakaf Tapai di Marang, Terengganu semalam.






ALOR SETAR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung semalam memohon maaf secara terbuka berhubung insiden seorang gadis dipotong rambut sehingga botak semasa mengikuti latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wakaf Tapai di Marang, Terengganu 2 Mei lalu.

Beliau yang kesal dengan insiden itu mengakui tindakan tersebut melangkaui sensitiviti agama dan hak individu di negara ini.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas JBPM, kejadian itu amat dikesali.

“Saya mohon maaf. Saya harap keluarga pelatih itu dapat menerima permohonan maaf saya,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sidang akhbar itu sepatutnya dihadiri oleh pelatih terbabit, Hizyaty Othman, 28, dan ahli keluarganya. Bagaimanapun kelibat mereka tidak kelihatan.

Media semalam melaporkan Hizyaty mengadu trauma selepas rambutnya dipotong sehingga botak ketika menjalani latihan di akademi itu awal bulan lalu.

Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM)) itu terpaksa melupakan impian untuk berkhidmat di JBPM kerana sudah serik untuk mengikuti latihan yang sama sekali lagi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular