Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 27 Jun 2011

Mahu lahirkan artis profesional Brunei

Antara mereka yang menandatangani kontrak pengurusan artis selama dua tahun.




BANDAR SERI BEGAWAN - Generasi muda merupakan aset penting negara dan merekalah yang bakal menaikkan nama Brunei dari semasa ke semasa.

Perkara ini dinyatakan Danny Tay ketika majlis menandatangani kontrak pengurusan artis di Coffee Bean, Gadong, hari ini. Tujuh orang yang dipilih sewaktu Pertandingan Menyanyi Stardom Quest baru-baru ini ditawarkan kontrak pengurusan artis selama dua tahun. Kontrak ini bertujuan memberikan latihan dan membantu artis melangkah ke arena yang lebih mencabar supaya dapat menaikkan nama baik negara kelak.

Kontrak atau program pengurusan artis dua tahun itu adalah anjuran syarikat Stardom Quest dengan kerjasama MediaHub Event Management dan Marketing Solutions bertujuan membangun muzik tempatan.

Danny Tay merupakan anak tempatan berbangsa Cina yang menubuhkan syarikatnya hampir tiga tahun lalu dan pernah mendidik 60 orang dalam bidang hiburan terutama sekali nyanyian.

Menurut Danny, Stardom Quest dengan kerjasama MediaHub Event Management, mempunyai matlamat iaitu membantu melahirkan artis profesional.

Beliau menambah seorang penyanyi berasal dari Filipina dipilih dalam kontrak berkenaan dan ini kerana, katanya, fokus utama Stardom Quest bukan hanya melahirkan artis profesional tempatan malah melibatkan artis negara jiran.

Antara artis dan kumpulan penari yang hadir menandatangani kontrak berkenaan ialah Annabelle Voo Pei Pei, Edmund Chew Cheng Kwang, Ruby Chong Hui Yong, Aqilah Nur Ezzati Mohd Idrus, Gyver Jude Talabis Concon, Kala Karwanamurthi, FangBangers (kumpulan) dan Persistent Crew (kumpulan penari).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular