Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 2 Jun 2011

Bayi Melayu masih hidup dibuang dalam tong sampah

BAYI yang dibuang dalam tong sampah di Taman Pelangi, Rawang, semalam.




KUALA LUMPUR - Tidak sampai 24 jam insiden kejam seorang bayi lelaki ditemui mati dicampak dari sebuah pangsapuri di Sentul, seorang lagi bayi ditemui dibuang dalam tong sampah di Taman Pelangi, Rawang dekat sini hari ini.

Bayi lelaki tersebut ditemui masih bernyawa oleh seorang suri rumah kira-kira pukul 10 pagi ini sebelum segera memaklumkannya kepada pihak polis yang kebetulan membuat rondaan di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika ditemui, bayi malang itu berada dalam timbunan sampah tanpa balutan atau sebarang pakaian.

"Pemeriksaan awal mendapati, bayi itu baru dilahirkan kerana masih bertali pusat. Bayi itu kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Rawang dan disahkan dalam keadaan sihat tanpa mengalami kecederaan.

"Bayi yang dipercayai berbangsa Melayu itu kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui mati selepas dicampak dari tingkat tinggi Pangsapuri Sentul Utara dengan kesan cedera parah di kepala.

Dalam pada itu, menurut Abdul Rahim, penemuan bayi di Rawang ini sudah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kata beliau, polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu. Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu membuang bayi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular