Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 14 Jun 2011

Bermodalkan air liur, pemuda untung RM3 juta

Shafie (duduk kanan) dan Khairun (kiri) menunjukkan keratan akhbar mengenai pelaburan ikan keli terbabit.


KUALA LUMPUR - Bermodalkan air liur dan kata-kata manis, seorang lelaki dikenali Mahadzhir, 26, dari Temerloh, Pahang, menggunakan kelebihan itu bagi melakukan penipuan dengan meminta mangsa melabur dalam perniagaan ikan keli sehingga mengaut keuntungan RM3 juta selepas dilaporkan menipu 300 mangsa.

Difahamkan, lelaki kaki putar alam terbabit mengatur ayat bagi meyakinkan mangsa syarikat penternakan keli dimilikinya menjanjikan pulangan lumayan kepada pelabur dan mahu berkongsi kekayaan dengan menawarkan lot kolam kepada pelabur.

Mangsa, Shafie Awang Kecik, 60, dari Pulau Pinang, berkata dia yang berminat dalam perniagaan keli tidak berfikir panjang apabila dihubungi seseorang menawarkan kepadanya pelaburan yang menguntungkan.

Menurutnya, selepas berbincang dia bersetuju berjumpa mereka di pejabat di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown pada 2009.

“Saya yang tertarik dengan tawaran itu pergi ke pejabat mereka untuk membuat pelaburan dan bertanya bagaimana cara jika ingin mengusahakan ternakan keli di tanah milik saya.

“Mereka memberitahu saya boleh menternak ikan keli di tanah sendiri, tetapi dengan syarat perlu mengikuti kursus di kolam ikan Mentakab, Pahang, selama tiga hari dan perlu mengeluarkan modal RM50,000 untuk membeli anak keli serta kanvas kolam,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.

Shafie berkata, dia turut mengeluarkan modal RM25,000 lagi untuk menyediakan tapak kolam di tanah miliknya di Pulau Pinang.

“Malah, saya turut membeli satu lagi tapak kolam di Mentakab, Pahang, bagi tujuan pelaburan kerana menjangka ia akan memberi pulangan lumayan, namun tidak menyangka ditipu apabila barangan dijanjikan tidak diterima selepas mengeluarkan modal. Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Khairun Aseh, berkata pihaknya kesal dengan kejadian yang berlaku dan kes ini dipandang serius.

“Saya akan ketengahkan kes ini ke peringkat atasan supaya diambil tindakan, malah kami turut mengesan kebanyakan mangsa terdiri daripada belia Melayu bawah 40 tahun,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular