Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 14 Jun 2011

Cuba Rogol Isteri, pemuda dibelasah dg. tukul besi

Anggota polis memeriksa mayat yang ditanam berhampiran rumah kongsi di Kampung Pelangi, Kota Kinabatangan, semalam.




KINABATANGAN - Seorang suami yang berang melihat rakan sekerja cuba merogol isterinya, membelasah lelaki itu menggunakan tukul besi sehingga maut sebelum menyeret mayatnya sejauh 100 meter dan menanam tubuh berlumuran darah itu di lereng bukit di Kampung Pelangi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa yang hanya dikenali Khail, 20, ditemui dalam keadaan ngeri dengan kesan parah di kepala oleh sepasukan polis sejurus menerima maklumat penduduk kampung yang melihat suspek ‘menanam’ sesuatu di kawasan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, suspek yang berusia 26 tahun baru balik dari bekerja di tapak pembinaan berhampiran.

Bagaimanapun, sebaik memasuki rumah, dia terkejut apabila melihat isterinya yang berusia 19 tahun bergelut dengan seorang lelaki yang dipercayai cuba merogolnya.

Tanpa berfikir panjang, suspek menghentak kepala mangsa menggunakan tukul besi sebanyak dua kali menyebabkan mangsa menggelupur sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular