Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 13 Jun 2011

DAP sambut baik pengguguran Hasan Ali





SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan daripada DAP, Ng Suee Lim menganggap pengguguran Datuk Dr. Hasan Mohamad Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor akan memantapkan hubungan pakatan pembangkang di negeri ini.

Menurutnya, ini memandangkan Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu dikatakan tidak membantu dalam usaha mengukuhkan parti pembangkang di negeri ini.

''Bukan kita (DAP) tidak suka (Hasan), tetapi saya dengar dia tidak bagus dan jarang turun padang. Namun, saya yakin dengan perubahan pimpinan Pas negeri ini akan memantapkan parti pembangkang di Selangor.

''Hasan juga dilihat berbeza daripada pimpinan Pas negeri yang lain kerana dilihat lebih cenderung kepada UMNO dan dikatakan menyokong kerajaan perpaduan sebelum ini," katanya ketika ditemui wartawan di sini hari ini.

Suee Lim berkata, pihaknya juga yakin bahawa perubahan dalam jawatan Exco kerajaan negeri akan berlaku ekoran pelantikan ADUN Meru, Dr. Abdul Rani Osman selaku Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru bagi menggantikan Hasan.

''Difahamkan bahawa Hasan tidak begitu memainkan peranan dalam usaha sedemikian kerana tidak aktif turun padang di peringkat akar umbi selaku Pesuruhjaya Pas negeri dan Exco kerajaan negeri.

''Bagaimanapun, perubahan itu sebenarnya terpulang kepada keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berdasarkan perbincangan di antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad menerima baik pelantikan Dr. Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru sebagaimana diumumkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Katanya, perubahan kepimpinan Pas negeri dilihat bagi membolehkan semua pemimpin Pas Selangor termasuk Hasan selaku Exco kerajaan negeri memberikan tumpuan penuh kepada usaha mengukuhkan parti pembangkang di Selangor.

''Soal jawatan Exco yang disandang Hasan sama ada berubah atau kekal tidak timbul kerana tumpuan yang sebenar ialah untuk mengukuhkan parti. Tidak ada perbincangan pun mengenai perkara itu," katanya.

Mengenai kemungkinan berlaku rombakan dalam Pas Selangor selepas ini, beliau berkata, ia terpulang kepada Pesuruhjaya Pas negeri yang baru.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular