Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 14 Jun 2011

Doktor hilang: Hilang di Alor Setar, jumpa di Kuantan

Saya terkejut diberitahu telah hilang sejak 26 hari lalu sedangkan saya rasa baru empat hari hilang.



JITRA – Seorang doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini yang hilang selama hampir sebulan didakwa akibat dipukau ditemui selamat di pusat beli-belah Berjaya Mega Mall di Kuantan, Pahang pada Sabtu lalu iaitu pada hari dia sepatutnya melangsungkan majlis pertunangan..

Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, ditemui oleh ketua pengawal keselamatan di pusat beli-belah tersebut apabila dia ditahan kerana tidak membayar bil makanan sushi RM70 di sebuah restoran pada pukul 5 petang.

Ketika ditemui, Noor Noor mengenakan baju T putih dan seluar sukan sambil membawa sebuah beg galas mengandungi pakaian yang dipakainya pada hari dia dilaporkan hilang iaitu kemeja, kasut dan tali pinggang.

Turut disimpan dalam beg sama beberapa barangan lain antaranya kain pelikat, kopiah, berus sabut dan berus gigi.

Bagaimanapun, telefon bimbit dan beg kerjanya berwarna hitam yang mengandungi beberapa dokumen penting hilang.

Malah, beliau juga kehabisan wang dan dalam tempoh itu tujuh kali mengeluarkan wang daripada mesin juruwang automatik (ATM) berjumlah RM2,400.

“Saya juga tidak tahu ke mana wang itu pergi atau apa yang saya lakukan dengan wang itu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Bunga Raya, di sini, semalam.

Mengimbas kehilangannya, Noor Azam berkata, dia tidak menyedari apa yang berlaku pada dirinya sepanjang dilaporkan hilang sejak 26 hari lalu sehinggalah pengawal keselamatan membuka dompetnya untuk mengambil kad pengenalan.

“Pengawal itu bertanya sama ada saya Dr. Mohd. Noor Azam yang hilang selepas melihat kad pengenalan dan kad pekerja saya tetapi saya masih tidak ingat sehingga saya melihat gambar bakal tunang di dalam dompet.

“Saya tersedar dan terus menangis lalu bertanya kepada pengawal itu tarikh dan tempat saya berada pada ketika itu,” kata doktor itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular