Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 7 Jun 2011

Hentikankan Segera Isu Berbangkit - Shahidan

SHAHIDAN (kanan) bersalaman dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dalam pertemuan di UKM, Bangi pada 1 Jun lalu.






KUALA LUMPUR - Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Datuk Seri Shahidan Kassim mahu segala spekulasi yang timbul mengenai isu tindakan enam atlet pecut negara melarikan diri daripada menjalani ujian anti-doping segera ditamatkan.

Jelas Shahidan, selaku individu yang menerajui badan induk olahraga negara itu, beliau menganggap isu tersebut telah pun selesai dan tidak ada apa yang perlu diperbesarkan lagi.

“Hentikan segera polemik ini kerana ia tidak mendatangkan apa-apa faedah.

“Yang paling penting adalah kembali memulihkan semangat atlet yang telah terjejas ekoran isu yang timbul ini.

“Selepas ini, kita akan menyertai Sukan SEA di Indonesia, dan kita perlu mempersiapkan atlet ke arah itu,” kata Shahidan semalam.

Shahidan turut mengesahkan KOAM telah memberi ‘lampu hijau’ kepada Institut Sukan Negara (ISN) untuk menjalankan ujian anti-doping ke atas tiga atlet pecut negara, Norjannah Hafiszah Jamaluddin, Siti Sarah Abdul Kadir dan Mohd. Nor Imran Hadi yang kini berada di Bulgaria.

Sementara itu, Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkata, pihaknya telah menerima maklumat terperinci daripada KOAM mengenai lokasi sebenar tiga atlet terbabit di Bulgaria.

Malah, Ramlan menjelaskan, pihaknya telah pun menghubungi Organisasi Anti-Doping Benua (RADO) bagi mendapatkan bantuan mereka untuk menjalankan ujian ke atas tiga atlet tersebut di Bulgaria.

“Kami telah mendapat maklumat mengenai lokasi tiga atlet tersebut dan KOAM telah bersetuju untuk kami menjalankan ujian ke atas mereka di sana.

“Untuk itu, kami telah mendapatkan bantuan daripada pihak RADO. Ia adalah lebih mudah daripada kita memanggil tiga atlet tersebut pulang ke Malaysia semata-mata untuk menjalankan ujian tersebut,” jelas Ramlan.

Drama enam atlet olahraga negara yang bertindak melarikan diri daripada melakukan ujian anti-doping bermula apabila mereka ‘hilang’ selepas diarahkan memberikan sampel air kencing di ISN Bukit Jalil pada 24 Mei lalu.

Ujian anti-doping tersebut merupakan salah satu prosedur sebelum atlet dihantar menjalani latihan di luar negara.
Namun, tiga daripada atlet terbabit, Siti Fatimah Mohammad, Siti Zubaidah Adabi, Yee Yi Ling menyerah diri dan telah menjalankan ujian tersebut pada hari berikutnya.

Kini, hanya Norjannah, Nurul Sarah dan Imran masih gagal menjalani ujian anti-doping dan mereka dilaporkan berada di Bulgaria.
“Sekiranya mereka ini didapati bersalah, tindakan pasti akan diambil. KOAM tidak mengamalkan sikap pilih kasih,” tambah Shahidan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular