Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 9 Jun 2011

HIBA : Selamat tinggal Singapura

Ketua-ketua stesen di Stesen KTMB di Tanjong Pagar, Encik Shamsul (kiri) dan Encik Mohd Ayob.



SINGAPURA - Setelah 15 tahun bertugas di Stesen Kereta Api Tanjong Pagar, ketua stesen Encik Shamsul Bahari Sahari meninggalkan stesen itu dengan berat hati.

Warga Malaysia itu bercadang berpindah ke Kuala Lumpur pula, setelah diumumkan operasi stesen Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu bakal dipindahkan dari Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai ini.

Ketika ditemui di platform stesen itu sebelum beliau berangkat menaiki kereta api ke Kuala Lumpur Selasa lalu, Encik Shamsul, 43 tahun, berkata:

'Perasaan sedih itu sudah tentu ada. Bohong kalau saya kata tak ada perasaan sedih langsung kerana sudah lama saya bertugas di sini.

'Sebagai rakyat, ada rasa kecewa juga kerana Tanjong Pagar itu satu-satunya harta pusaka kami di Singapura tetapi mungkin keputusan ini baik juga buat kededua negara.'

Ditanya mengapa beliau tidak bekerja di Woodlands pula, Encik Shamsul berkata beliau sudah selesa dengan keadaan di Tanjong Pagar, dan tidak yakin dapat membiasakan diri di Woodlands.

Beliau ke Kuala Lumpur kerana dinaikkan pangkat bekerja di bahagian kejuruteraan.

Seorang lagi ketua stesen yang ditemu ramah akhbar ini ialah Encik Mohd Ayob Embong, 49 tahun, warga Malaysia yang telah berkhidmat di stesen itu selama enam tahun.

'Stesen ini adalah tanda kebanggaan negara kami di Singapura. Kami juga telah sebati dengan suasana kerja di sini,' kata Encik Ayob, yang akan melihat kereta api terakhir berlepas dari Tanjong Pagar pada 30 Jun.

Setelah operasi berpindah ke Woodlands pula, Encik Ayob berkata beliau akan balik kampung ke Segamat, Johor.

Pengendali tiket warga Malaysia, Encik Razali Tandang, 35 tahun, merupakan antara pekerja KTMB di Tanjong Pagar yang akan bertugas ke Woodlands.

'Suasana di Woodlands sudah tentunya tidak sama seperti di Tanjong Pagar. Kalau di sini, kami bebas bergerak,' ujar Encik Razali, yang suka bekerja di Singapura kerana 'elaunnya yang tinggi'.

Pada 24 Mei tahun lalu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah mengumumkan stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke Woodlands menjelang 1 Julai.

Pengumuman itu dibuat setelah kededua pihak mencapai kata sepakat bersejarah bagi menghuraikan isu-isu tertunggak dalam Butiran Perjanjian (POA) melibatkan KTMB, selepas hampir 20 tahun dipertikaikan.

April lalu, Lembaga Pemuliharaan Monumen (PMB) telah mewartakan Stesen Kereta Api Tanjong Pagar sebagai monumen negara.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular