Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 16 Jun 2011

Iklan ubat kuat diragui





ALOR GAJAH - Iklan ubat kuat lelaki di taman perumahan di sekitar bandar ini menimbulkan kebimbangan kerana dikhuatiri mempengaruhi pengguna sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko menggunakan ubat haram tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berbahaya kepada kesihatan.

Tinjauan wartawan mendapati, pihak tertentu begitu berani mengiklankan produk ubat kuat melalui poster dan pengedaran risalah secara terang-terangan dari rumah ke rumah.

Cubaan wartawan berkali-kali menghubungi nombor telefon pada poster ubat kuat itu gagal apabila panggilan tidak berjawab sebelum menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) menyatakan mengenai pelbagai jenis ubat yang dijual dengan harga RM180 untuk 10 biji dan boleh bertahan selama 30 jam selepas mengambilnya serta mendakwa mendapat kelulusan KKM.

Antara lokasi yang menjadi sasaran tampalan poster terbabit termasuk tiang elektrik, papan tanda jalan, pondok telefon awam dan tembok di taman perumahan sekitar Taman Rembia Perkasa, Taman Rembia, Kampung Rembia, Taman Pelangi dan Taman Awan Biru dan pekan Alor Gajah.

Maklumat pada poster dan risalah itu jelas mencatatkan kandungan ubat kuat itu dihasilkan daripada ekstrak herba asli dan tidak memberi kesan sampingan kesihatan serta mempunyai sijil KKM.

Seorang penduduk, Muhammad Akmal Md Nor, 28, berkata dia meragui kesahihan dakwaan pada poster dan risalah mengenai ubat kuat terbabit.

Katanya, sekiranya benar produk kesihatan itu diluluskan KKM, mengapa pihak berkenaan tidak menjualnya kepada orang awam di farmasi atau klinik.

“Yang menjadi persoalan, ada segelintir orang mempercayai khasiat dan keberkesanan produk ubat kuat itu. Sepatutnya, mereka membuat semakan dengan pihak berkenaan untuk memastikan kesahihan produk diiklankan itu bagi mengelak tersalah membeli dan menggunakan ubat haram.

“Produk ubat kuat itu berkemungkinan mendapat permintaan tinggi pengguna menyebabkan pihak terbabit mempergiatkan usaha mempromosikan ubat berkenaan.

“Mereka ini hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan kepada pengguna,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular