Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 13 Jun 2011

Juruwang Bank Islam dipenjara dan disebat





MELAKA - Seorang juruwang Bank Islam Malaysia Berhad dihukum penjara 10 tahun dan 12 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana kesalahan pecah amanah melibatkan deposit cek tidak wujud bernilai RM1,925,500 di sini, hari ini.

Roslizam Zabar, 40, dari Kampung Batu Gajah, Merlimau, Jasin, mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan pilihan, melakukan kesalahan itu di cawangan bank berkenaan di Kompleks Perniagaan Masjid Tanah, Alor Gajah.

Bagi pertuduhan pilihan pertama, Roslizam yang diamanahkan kepadanya semua urusan kaunter bank itu, dengan curang dan tanpa pengetahuan serta kebenaran bank, membuat deposit cek-cek yang tidak wujud berjumlah RM95,000 dan dimasukkan ke dalam akaun Roslen Enterprise, sebuah syarikat yang tubuhkannya, antara 5 Disember dan 26 Disember 2008.

Bagi pertuduhan pilihan kedua, dia membuat deposit cek-cek yang tidak wujud berjumlah RM1,578,000 dan dimasukkan ke dalam akaun Roslen Enterprise antara 9 Januari dan 25 Ogos 2009 manakala bagi pertuduhan pilihan ketiga, dia membuat deposit cek-cek yang tidak wujud berjumlah RM252,500 dan dimasukkan ke dalam akaun Roslen Enterprise antara 2 Ogos dan 17 Ogos 2010.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan empat sebatan bagi setiap tiga pertuduhan itu dan mengarahkan hukuman berjalan serentak mulai hari ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular