Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 8 Jun 2011

Pekerja Vietnam, Bangladesh bergaduh rebut wanita

Pengurusan kilang tekstil mengarahkan pekerja warga Bangladesh yang bersenjata besi dan kayu supaya balik ke bilik asrama selepas berlaku berbalahan dengan pekerja warga Vietnam di Taman Semarak, malam kelmarin.



BANDAR BARU NILAI - Hanya kerana seorang wanita, lebih 200 pekerja lelaki warga Vietnam dan Bangladesh bertempur mengakibatkan 23 cedera dalam pergaduhan di asrama sebuah kilang tekstil di Taman Semarak di sini, malam kelmarin.

Mereka yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) dan tiga dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, dua kumpulan terbabit yang saling melakukan provokasi bertempur menggunakan kayu, besi dan membaling batu di dalam kawasan asrama yang terletak kira-kira 300 meter dari kawasan rumah penduduk.

Bagaimanapun, tindakan pantas 150 pegawai dan anggota polis termasuk dua pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya meleraikan pergaduhan itu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd Manan Mhd Hassan, berkata pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada tindakan seorang pekerja Bangladesh yang cuba memikat wanita Vietnam ketika bekerja syif malam Isnin lalu.

“Wanita itu mengadu kepada teman lelakinya yang juga warga Vietnam bekerja di kilang sama yang kemudian membawa beberapa rakan senegara membelasah lelaki Bangladesh terbabit sekali gus mencetuskan ketegangan antara dua kumpulan itu,” katanya di sini, semalam.

Berikutan itu, berlaku pergaduhan kecil di kilang tekstil di Kawasan Perindustrian Nilai itu sebelum melarat ke asrama yang terletak kira-kira dua kilometer dari kilang.

Katanya, polis juga berjaya menghalang lebih 500 pekerja Bangladesh yang berarak dari kilang untuk menyerbu asrama pekerja Vietnam dan menenangkan mereka sebelum mengiringi mereka pulang ke blok asrama masing-masing.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular