Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 20 Jun 2011

Pemandu Pelancong sebilik dg. pemandu di tentang





KUALA LUMPUR — Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) hari ini mengulangi penentangannya terhadap perkongisan bilik antara pemandu pelancongan wanita dengan pemandu bas lelaki.

Naib Presiden persatuan itu, Aruldass Arulandu berkata ia bukan menjadi amalan industri berkenaan, dan ia juga bertentangan dengan peruntukan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 yang dipinda pada 2009.

"Matta telah juga memberitahu anggotanya bahawa amalan sedemikian bertentangan dengan undang-undang sebagaimana menurut Akta Industri Pelancongan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Ia sebagai reaksi kepada kenyataan Persatuan Pemandu Pelancongan Wanita Malaysia (MWTGA) yang mendakwa perkara berkongsi bilik itu sudah menjadi kebiasaan dalam industri berkenaan.

Arulandu berkata pemandu pelancongan yang berdepan dengan amalan tidak beretika itu oleh pengusaha pelancongan hendaklah melaporkan segera hal itu kepada Kementerian Pelancongan dan persatuan yang relevan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular