Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 9 Jun 2011

Perak cadang wujud zon larangan merokok




IPOH — Perak mungkin menjadi negeri kedua selepas Melaka yang mewartakan lima Zon Larangan Merokok membabitkan kawasan seluas 338 hektar di negeri itu berkuat kuasa 15 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, kerajaan negeri bercadang memperkenalkan zon larangan itu sebagai tambahan kepada 24 tempat larangan merokok yang sedia ada.

"Kajian akan dibuat bagi mengenal pasti kawasan yang difikirkan sesuai untuk mewujudkan zon larangan merokok,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Melaka menjadi negeri pertama memperkenalkan Zon Larangan Merokok di lima kawasan awam di negeri itu termasuk tempat tumpuan pelancong seperti sekitar kota peninggalalan penjajahan Portugis, A’Farmosa dan pesisiran Sungai Melaka.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular